BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 17 October 2012

Tentang Kaum Hawa

Assalamualaikum...
Lama benar x update blog ni... ^_^
ok hari ni cerita pasal hal perempuan sikit. yes, about girl! Hari ni rasa macam jadi doktor pulak kat kawan-kawan. dengar masalah dan beri pendapat pada diaorang. Cumaaa yang peliknya doktor cinta ni jugak yang masih single.huahuahua...
how complicated girls is? hmm..especially about love. saya terinspirasi dengan kata-kata seorang kawan ni yang cakap 'lelaki yang baik dan benar-benar ikhlas menyintai seseorang wanita adalah bila dia tidak sesekali mencuba mencemarkan maruah wanita itu dan juga berusaha utk melindungi kesucian wanita itu daripada sesiapa jua'..
100% true.. persoalannya, adakah lelaki semuanya begitu???
susah nak menjawab soalan tu..
ok..ini daripada pandangan saya tentang perempuan...

  • perempuan ni SUKA akan sesuatu yang jelas dan berterus terang..
  • perempuan TAK SUKA kan hints..
  • perempuan akan menganggap sesuatu yang diguraukan oleh lelaki tu SERIUS even lelaki tu hanya bergurau dan tak maksudkan apa-apa pun.
  • perempuan PANTANG kalau lelaki tu menipu dan kaki pukul..
  • perempuan MALU untuk mulakan dahulu sesuatu relationship..
  • perempuan HAPPY kalau lelaki tu bersifat melindungi diri dia n caring..
  • perempuan TAKUT untuk kehilangan..
  • perempuan BENCI bila lelaki tu melebihkan perempuan lain.. 
tapi, igtlah cinta itu dihadirkan oleh Allah dalam setiap hati hambaNya utk kita mensyukuri nikmatnya. Allah jua yang menetapkan siapa pemilik sebelah hati kita..jadi berdoalah padaNya..
 buat Kaum Hawa..


Wednesday 30 November 2011

adil ke kita????

assalamualaikum..
alhamdulillah..masih lagi bernafas di bumi milik-Nya ini...
aku selalu berfikir tentang kehidupan..kdg2, aku rasa macam hidup ni indah sgt2...tapi sometimes its not like what i'm thinking..
yg indah bila kita sihat..bila kita happy, bila adanya kejayaan@kemenangan, bila xde org yg wat kte sakit ati...n ble kte dapat ape yg kita nak dalam hidup ni...
yg tak best tu bile adanya musibah@dugaan, bila kita sakit, bila kita gagal, bila kita ditinggalkan n bila kita tidak dipedulikan...
aku selalu ambik palajaran drpd apa yg berlaku di sekeliling aku..tak aku nafikan..personally aku berpendapat hidup ini tidak mudah utk ditempuhi...
aku juga tersangat ingin mengajak kita semua terutama diri aku sendiri agar tidak bersikap prejudis terhadap orang lain..tidak sepatutnya kita menyuarakan pendapat kita terhadap org lain dan memaksa utk pendapat itu diterima dan dipercayai oleh org lain...memang tak salah kalau nak luahkan pendapat.. everyone have the rights to voice out their opinion..tapi jgnlah smpai menyinggung hati dan perasaan org lain...
inilah yg aku katakan tadi...susah sebenarnya hidup ni...lebih2 lgi bila berhadapan dengan "cakap2" org sekeliling ni...
kita adakalanya lebih suka mengkritik drpd dikritik..menghukum drpd dihukum...menilai drpd dinilai..menyalahkan drpd disalahkan...oppss..bukan 'adakalanya' tp 'selalunya'...
aku pun tidak terkecuali..cuma bila aku terbaca satu luahan hati drpd kawan aku yg mengatakan dia di'judge' sesuka hati oleh kawannya n yg lebih buruk lagi apabila org yg men'judge' die tu MENYEBARKAN penilaian buruknya kpd org lain..adil ke kte blia buat macam tu pada org lain??
walaupun kita dan 'terer'..jgn memandang rendah kpd org yg nak berubah@dlm proses pembelajaran...
aku pun akan terasa hati jgk kalau berada dlm situasi tu..
igtlah..kita memang nak segala kesempurnaan n kegembiraan dlm hidup..tp jgn smpai menyakiti org lain...
renung2kan..dan selamat beramal!! ^_^

Thursday 2 June 2011

bahas oh bahas...

Assalamualaikum..
hmmm..dah lebih seminngu berlalu..aku sedih lagi...bukan x cuba untuk lupakan tapi susah..
walaupun da makan piza 'segantang', (kata owg perak) tapi tetap sukar untuk lupakan...

nyummy...
aku berharap kumpulan bahas kami ni akan tetap terpahat utuh di hati kami...
jujurnya aku bersyukur sebab dah capai tahap ni..cuma aku terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang mengambil sikap sambil lewa depa tuh...sehingga mengenepikan KUALITI...

bengangnye..!
aku jugak bersyukur sebab 'bertemu jodoh', bukan dengan suami...tapi dengan geng bahas yang cukup sempoi....aku harap persahabatan kita kekal selamanya...
sekalung terima kasih buat semua guru dan kawan2 serta semua pihak yang sudi memberi semangat dan dorongan kepada kami..
sebenarnye aku tak pernah pun terfikir akan melibatkan diri dengan bahas, apatah lagi dengan seorang cikgu yang amat aku geruni...En.Mat Rahim...huhuhu
tapi rupanya dia seorang yang baik n sporting...(dengan kami la...hihi)
aku ni mengarut2 at cni just sebab nak hilangkan sedih yang tak pernah nak surut...
takpe la..berbalik pada Qada & Qadar Allah..aku yakin ada hikmahnya...

Wednesday 1 June 2011

kawan ke kita????

Assalamualaikum...
aku tak tau nak mula dari mana..tapi just nak share sikit luahan hati yang terguris..ak nak tanya..patut ke kita satu kelas ni berpuak-puak dan berasing-asing kawan...? let say..."ni geng kami" terasa x hati korang apabila ada kawan yang korang anggap kawan baik semua nya, 1 kelas tu tapi orang tu x pun....
aku cuma perlu bersabar..mungkin ada hikmahnya...
tapi aku rasa tak salah kalau kita share sama2 paht manis suka duka kita bersama untuk tahun persekolahan terakhir ni...kan best camtu..
dahlah tu, ada seorang kawan ni yang rupa2nya bencikan aku hanya sebab seorang lelaki..
aku terlalu terasa hati dengan depa..bukan membenci jauh sekali berdendam..tapi terkilan jela...
bukankah kita sama2 1 kelas...hurm.....
bilalah agaknya kita semua akan besatu dalam satu kumpulan tanpa ada sengketa????
aku cukup kagum dengan kelas2 sebelah yang aku tengok xde pun berpuak2...bestnye..
yang paling terasa bila aku yang "termenyibuk" kat geng depa, sebab tempat duduk xde, pastu depa ley balas2 surat just becoz xnak aku tau...
aku terima..mungkin aku ni taklah se"sporting" mereka..tapi kita kawan dengan hati yang ikhlas kan????
aku harap 1 hari nanti semua ni akan berakhir..

Monday 30 May 2011

blog ku aktif akhirnya...

mencipta blog ni hanya untuk share dengan blogger yang lain tentang apa yang aku alami dalam hidup seharian...
kiranya macam diari lha ni...


Aku terfikir untuk mencuba meluahkan sesuatu yang aku rasa menjadi inspirasi dalam hidup...tak salah rasanya kan kalau kita berkongsi apa-apa yang menarik dalam hidup kita ataupun yang membuatkan kita sedih..at least kita dapat komen @ feedback positif daripada orang lain.. aku cuma terfikir kadang kala kita perlukan seseorang untuk "memgomen" dalam hidup kita ni kan...supaya kita sentiasa diterima baik oleh semua orang...^_^ chill...!